Friday, January 1, 2010

Goodbye 2009

     Hari yang boring...Mula2 ingat nak pegi klinik gigi, nak tampal gigi-gigi yang berlubang ni..Tapi rasa malas lak sebab gerenti ramai manusia yang sedang Q tunggu turn. Maklum la hari ni je ada buat rawatan. So life hari ni diteruskan dengan bermalas-malasan diatas katil dan depan tv. Ntah berapa kali dah terlelap bangun lelap balik. Hubby pun quite bz today..just call tengahari tanya dah lunch belum.. Dalam kepala ni actually byk benda nak settlekan..tapi Malas gilo.
     Malam cam biasa la sesambil tunggu call dari my darling, layan facebook...Tak sangka pulak, gambar masa form 2 yang aku upload dapat respon dari member2 lama..memasing mengimbau memori lama..hmmm..rindunya zaman sekolah dulu.
     Pukul 10 lebih baru hubby call..tapi tak dapat nak bergayut lama sebab dia kena sakit mata..dah 4 hari dah.. Nak borak pun tak selesa sebab mata gatal sangat..So nak legakan mata tu kena la dia tidur.. Huhu..missed him so much..
      Wah esok dah start calender baru...Many things happened sepanjang 2009 ni...tapi most memorable ialah dapat peluang buat umrah and got pregnant. hopefully tahun 2010 ni membawa more prosperity untuk kami sefamili..lebih menggembirakan..murah rezeki..sihat walafiat...bertambah2 bahagia dgn kehadiran our baby tak lama lagi..amin............
       Happy new year buat blogger di luar sana...Semoga impian dan cita-cita kalian tercapai pada tahun 2010 ni..



Tuesday, December 15, 2009

Yea...esok hubby balik

       Yeaaaa...esok hubby balik sini.. Dek kerinduan pada sang isteri, hubby ambik leave 3 hari..Sayang dia..sanggup balik jauh2 jumpa kami..
So masa yang ada ni kena gunakan sebaik mungkin.. Macam2 agenda dah plan ni..Nak gi vacation ngan famili dia kat sungkai hotspring tapi perut dah sarat, takut tak larat jek. Kalau dekat takpe gak..ni dari muar ke perak..mau kematu muntut nanti. Ada gak plan nak ke Melaka je berdua, dekat sikit..tapi nak kemana ek?..Cuti2 sekolah ni sure resort2 full house.
     Yang pasti aku nak heret hubby gi shopping lagi brg2 baby..Last month ronda macam tak puas la.. Lagipun dah bersalin nanti tak dpt kemana2..
     
     
    





Monday, November 30, 2009

Anak ibu menyongsang

Tadi ibu ada appointment dengan klinik O&G Hosp. Muar.. Ibu ingatkan appointment ni utk booking dan dengar ceramah..Rupanya sama mcm check up yang selalu ibu buat tu.. Berat dan urine ibu semuanya ok..Cuma kedudukan baby je menyongsang.. Dah 32 minggu pun kepala anak ibu ni kat atas lagi... Mungkin sayang selesa dok kat situ kot..

Jadi doktor minta ibu datang lagi pada 28/12/2009 nanti untuk scan sekali lagi.. Kalau sayang masih tak berpusing maknanya doktor sendiri akan pusingkan sayang secara manual.. Huuhuu ibu dah dapat bayangkan macam mana sakitnya nanti. Dan kalau masih tak ok ibu terpaksa lahirkan sayang secara pembedahan.. Tapi ibu harap sangat-sangat berdoa pada Allah supaya ibu dapat lahirkan sayang secara normal tanpa epidural, tanpa episotomi dan tanpa apa-apa juga komplikasi.
Anak ibu baik kan? Sayang pusing la sendiri, duduk kat tempat yang betul..Jangan sakitkan ibu ye..Ayah risau tau pasal kita..Dah la ayah jauh..sedih dia nanti dengar keadaan ibu macam ni..












Thursday, November 5, 2009

Mati kutu

        Since dah duduk rumah mak ni..rasa cam mati kutu pulak.. Selalu ada je idea aku nak surf @ survey anything yg berkaitan ngan baby, delivery, confinement, motherhood dll..Tapi dah dok sini tak tau nak buat apa..Nak jalan2 mak tak berani aku drive sendiri..Lagipun muar ni bkn banyak pun tmpt yang best.
        Time relax2 tu ada gak terpikir nak surf brg2 baby la, nak survey brg2 confinement la..Bila on je pc..trus blank..At last aku main game je..
         Pasal set berpantang, aku tak tau nak pakai yang mana satu sbb banyak sgt option. Masing2 harga pun bleh tahan.. Sesapa yang ada experience tu meh la share ngan aku.. Maklum la ni baru first time.. Takut jugak baru anak sorang kang body dah mcm nenek2. Hahaha..Cik abg pun tak sudi nanti!



Wednesday, November 4, 2009

28 minggu - 82 hari lagi..

Pejam celik pejam celik, dah 28 minggu ibu bawak anak ibu ni kesana ke sini..lebih kurang 82 hari lagi ibu akan lahirkan sayang.. Kalau ikutkan hati nak je ibu bersalin cepat supaya boleh peluk dan cium anak ibu ni. Tapi dah sedia ke ibu nak bersalin? Ramai orang cakap bersalin tu sakit yang teramat sangat..macam nak hilang nyawa..ada yang sampai tak nak mengandung sebab takut nak bersalin. Tapi ibu percaya semua tu ketentuan Allah. Ibu berdoa supaya Allah mudahkan ibu lahirkan sayang sebagaimana mudahnya Maryam lahirkan Nabi Isa dan Aminah lahirkan Rasulullah. Insyaallah.

Ibu bersyukur masuk 28 minggu ni, ibu tak mengalami simptom yang teruk kecuali sakit di bahagian belakang dengan sakit kat tulang pelvik..Mungkin sayang sedang selesakan kedudukan sayang dalam perut ibu ni. Kadang-kadang ibu kena "simpul biawak" semasa tidur..Mujur ada ayah ngan atuk..Diaorang la yang urut kaki ibu.

Tentang barang-barang sayang..ibu masih belum beli apa-apa. Tunggu ayah balik dari sarawak.. Tapi semua senarai barang ibu dah list dalam kepala..Risau juga kalau membazir nanti..Insyaallah tak.. Ok ibu stop kat sini dulu..Nanti ibu sambung lagi. Sayang anak ibu...




Rindu kat hubby..

      Hari ni genap 12 hari hubby kat Miri.. Rindu sangat kat dia..Walaupun pagi petang siang malam dia call aku, tapi perasan puas tu tetap tak sama, compare ngan tatap muka dia face to face kan? Aku tau dia pun rindukan aku ngan baby. Tapi nak buat macam mana. Dah rezeki kami kat situ. Semoga Allah melindungi Abang sentiasa.

Aku dapat rasa yang baby pun rindu kan ayah dia, sbb time hubby call aku sengaja letak phone atas perut and on loudspeaker.. Then baby akan gerak dgn aktifnya..Mcm suka.. Mungkin dia dah biasa dengar suara ayah dia sebelum ni.

Hmmm.......tak sabar tunggu hubby balik..sebab barang2 baby satu pun blom beli.. Hubby pun tak kasi aku beli sendiri sebab dia nak pilih sendiri baju untuk anak dia ni. Harap2 time tu aku larat nak lagi nak membawa perut ni ke sana sini.




Thursday, October 29, 2009

Naik 1.5 kg dalam masa seminggu

        Baru balik dari klinik kesihatan Sungai Mati tadi. Walaupun org tak ramai service diorang tetap slow cam biasa.
        Mula-mula aku dipanggil utk ambil tekanan darah dan timbang berat..BP 108/60, berat 53.5 kg. Tak sangka jugak dalam seminggu leh naik 1.5kg..Rasanya selera makan aku still cam selalu. Takpelah lagipun mmg aku target nak gain weight sampai 55 ~57 kg. Harap-harap lepas bersalin maintain 50 kg je..Hehehe leh ker?
        Pastu check air kencing pulak..Alhamdullillah, takde kencing kotor lagi..Mana tidaknya, aku kena paksa minum plain water hari-hari ngan hubby.
        Kali ni JM tak ambil darah pun..Next month kata dia..
        Pas check perut semuanya ok..Baby pun dah gerak banyak..Cuma ada masalah vaginal discharge. So doktor bagi tablet yang sumbat kat tut..Ngerinya!
        Hujung bulan Nov, doktor set appointment ngan hospital Muar sekali ngan booking katil. Sebenarnya aku pun tak sure lagi nak bersalin kat gomen ke kat private.. Masalahnya kat muar ni ada satu je pvt hospital..Then doktor nya pulak Cha ya nun alif..Tu yang hubby cam ralat sikit..Bagus mmg bagus tapi kalau boleh biarlah dr muslim yang sambut baby kita.. Kat hospital muar majoriti dr muslim.. Tengok la cam mana..


Tuesday, October 20, 2009

Akhirnya...siap gak buku merah.

     Memandangkan ada masa seminggu je lagi sblm hubby report duty, aku minta dia temankan aku buat buku merah kat klinik kesang. Baby dah nak masuk 26 minggu..Dah la last month tak buat check up.. Tak sabar nak tengok progress baby..
     Kebetulan pagi tu hujan lebat..so kat klinik tak ramai org.. Turn aku yang kedua..
     Ingatkan dapat turn kedua leh la siap cepat.. Tapi makin lembab plak misi tu buat keje.. lepas check perut, misi tu terangkan cara2 periksa breast..tiba2 je dia minta nak check breast..dah la tak ready..walaupun dia pempuan tapi tak selesa kan org lain yang pegang boobs kita..kebetulan plak ada bekas gigitan nyamuk gergasi kat b aku...malu2 badak aku dibuatnya..hahaha...
     Tapi syukur la, akhirnya siap jugak buku merah ni..dari hari ke hari nak buat..memanjang tak sempat..tapi tau je la check up kat gomen ni mcm mana...datang pagi buta pun balik tetap dah dekat tengahari. Sabar aje la..




Thursday, October 15, 2009

At last..he resigned!

Hari ni last day hubby kat FMC. And hari ni jugak la dia submit resign letter 24 hours. Mesti bos2 dia terkejut beruk. Angin tak ribut tak tiba2 je resign. Sure next week berebut-rebut orang call dia tanya kenapa..
As wife aku ikut je apa pun keputusan dia..Aku tau ni cita-cita dia, impian dia. And dia buat decision ni pun untuk aku dan anak2. Semoga Allah menentukan yang terbaik utk kami sekeluarga..AMIN.


Wednesday, September 2, 2009

Doa pelindung dari bahaya dan penyakit


- Bismillahil Lazi La Ya'durru Mahasmihi Syai unn Fil Ar'dhi Wala Fis Samaa' Wahuwas 'Samihul 'Alim..

Kalau memang tak boleh baca dalam bahasa Arab, boleh juga baca terjemahannya

  • Baca 3 x selepas sembahyang subuh (dilindungi dari pagi sampai petang) dan
  • Baca 3 x selepas sembahyang magbrib (dilindungi dari maghrib sampai subuh)

Bila orang sekeliling kita batuk, selsema atau demam;
Baca : Ya Khobid 10 x
Atau
Baca: Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Khobid, Ya, Allah 10 x

Insyaallah di hindari dari dijangkiti


Bila kita baru kena batuk, selsema atau demam;
  • Baca surah Al- Fatihah 10 x - tiup dalam segelas air dan minum air itu.
Insyaalah dengan fadilat Al-Fatihah akan hilang penyakit itu.



KITA BERUSAHA ALLAH YANG MENYEMBUHKAN.